Thursday, November 12, 2009

Abdullah : Jeritan anak kecil yang kesakitan kerna dikerjakan seekor pelesit bajingan. Jeritan diiringi tawa melagukan sebuah irama yang tak mungkin.....Bagaimana mampu punyai selera bajingan seperti ini? Persoalan ini hanya pelesit itu yang punya jawapannya!

Orang Tua : (Tua merebahkan Abdullah) (Ingatlah), ketika kamu mengatakan kepada orang mukmin : "Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)?"....Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bersiap-siaga, dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, niscaya Allah menolong kamu dengan lima ribu Malaikat yang memakai tanda...Surah Ali Imran, Ayat: 124 dan 125.

bersambung...

Tuesday, November 10, 2009

Orang Muda : Pakcik...kenapa terdiam di kala orang sekeliling ghairah dengan keriangan?

Orang Tua : Dengar...dengar baik. Suara itu...

Orang Muda : Ya...suara keriangan orang keliling. Pakcik tidak seperti mereka...kenapa?

Orang Tua : Marfud sedang melihat aku. Suaranya memanggil aku.

Orang Muda : Marfud? Siapa gerangan Marfud? Pakcik...barangkali seteguk air masin bisa menghilangkan dahaga pakcik...

Orang Tua : Marfud...aku tahu apa kemahuan mu. Apa kau ingat kedut pada rupa ku tanda aku jatuh? Kau lupa kenapa aku masih di sini.

Suara Marfud : Mereka keriangan. Apa kau tak nampak? Aku berikan apa yang mereka pinta. Sekarang kau terdiam. Mereka bersamaku di sini. Tinggi setinggi gunung tertinggi. Kau masih bodoh Tua. Apa yang mahu kau perjuangkan? Aku sudah perjelaskan untuk deria mu. Aku jawapan kepada kejayaan hakiki.

Orang Muda : Pakcik...pakcik masih di sini kerana dahaga. Saya bisa ubati dahaga pakcik. Minumlah.

Orang Tua : Mereka jalang. Aku tak mungkin bersama kau Marfud. Satu abad kau cuba patahkan tongkat aku. Satu abad kau cuba mengambil perut aku. Aku masih di sini Marfud.



bersambung...

Thursday, May 7, 2009

Mereka memegang Kad Pengenalan seorang warganegara. Mereka juga yang mahukan keadilan. Antara mereka ada jugak yg menggunakan perkataan adil itu untuk kepentingan diri. Ada juga yang ditindas secara terang-terangan di negara demokrasi ini. Di seberang sana ada pula yang senyum tanda puas. Ada yang senyum melihat gelagat kanak2 yang telah uzur. Tidak kurang juga yang hanya sekadar hadir kerana diwakilkan untuk berada di situ. Ada juga segelintir percampuran dari kedua2 pihak yang mahu mencari titik pertemuan demi kebaikan umum. Di luar sana ada yang keliru. Ada pula yang terpengaruh. Ada juga yang melatah tak tentu arah. Wujud juga segelintir yang masih waras. Yang berpakaian seragam seolah2 tidak berfungsi. Ada yang melapor fitnah kepada umum. Ada yang mengangguk seolah2 akalnya mati sejak lahir. Tidak juga kurangnya ada yang berdiri demi kebenaran. 35% Buta 35% hilang akal 20% parasit 10% terkelip2 mata menanti cahaya. 90% pemikiran syaitan 10% memegang kitab. Apa kesudahannya? Kau nampak?

Saturday, April 18, 2009

Kenapa bila yg merompak, merogol, melanun, menjahanam, ditanya "are you a muslim?" Jawab mereka..."yes" ? Dan bila aku jawab pada seorang rakan, " Yes. I'm a muslim" kenapa air muka dia berubah jadi macam durian rosak? Persoalan: Kau dan aku ada melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi? Atau kau dan aku lebih selesa kita terus saling buta-membuta?

Lanjutan itu juga, aku bertanya pada yg sudi berkongsi deria dengan aku...kenapa adanya undang-undang yang menindas hak manusia lain? Kitab apa yang kita rujuk? Apa sudah wujud new testament versi Quran? Apa kita pun turut serta dengan pemikiran baru yang di angkat oleh mereka? Yang pada akhirnya, mereka sendiri naik meluat dan menjadi golongan yg tidak punya kepercayaan? Free thinkers? Liberal barangkali?

Thursday, March 12, 2009


Tomato dan Keris


Maka berkata Lah, aku telah bermimpi tentang hari ini dan yang sebelumnya

Nukilan mimpi itu menceritakan tentang aku, kau, dan dia

Dewa dewi membawa utusan warkah pencipta

Tujuh lapis langit dan Tujuh lapis bertentangannya telah bersatu

Di antara lapis tujuh itu wujud lapis lapan yang menjadi bujuk sang nakhoda

Layar mereka labuh, haluan mereka tidak tentu

Aku melihat sekeliling

Awan itu bagai kapas putih direndam nila

Laut bagai cermin, hanya memancar pantulan dari atas

Ada pula kamar yang terisi tiga puluh jantan dan tiga puluh enam betina ditengah

Aku bernafas udara yang dicemar

Aku menghadam yang terlarang

Yang uzur telah pergi, muda terus melihat, si kecil terencat

Di satu sudut terlihat jelas sebuah buku lama

Habuk di tiup dan di salat

Di balas kepadaku wangian sejuta taman

Batin sukma disiram keagunganNya

Terbentang luas dunia pada kaca mata penglihatan

Muka pertama baris pertama pengawal segala-gala tertulis “Bismillahirrahmannirahim”

- antaranus