Thursday, November 12, 2009

Abdullah : Jeritan anak kecil yang kesakitan kerna dikerjakan seekor pelesit bajingan. Jeritan diiringi tawa melagukan sebuah irama yang tak mungkin.....Bagaimana mampu punyai selera bajingan seperti ini? Persoalan ini hanya pelesit itu yang punya jawapannya!

Orang Tua : (Tua merebahkan Abdullah) (Ingatlah), ketika kamu mengatakan kepada orang mukmin : "Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)?"....Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bersiap-siaga, dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, niscaya Allah menolong kamu dengan lima ribu Malaikat yang memakai tanda...Surah Ali Imran, Ayat: 124 dan 125.

bersambung...

Tuesday, November 10, 2009

Orang Muda : Pakcik...kenapa terdiam di kala orang sekeliling ghairah dengan keriangan?

Orang Tua : Dengar...dengar baik. Suara itu...

Orang Muda : Ya...suara keriangan orang keliling. Pakcik tidak seperti mereka...kenapa?

Orang Tua : Marfud sedang melihat aku. Suaranya memanggil aku.

Orang Muda : Marfud? Siapa gerangan Marfud? Pakcik...barangkali seteguk air masin bisa menghilangkan dahaga pakcik...

Orang Tua : Marfud...aku tahu apa kemahuan mu. Apa kau ingat kedut pada rupa ku tanda aku jatuh? Kau lupa kenapa aku masih di sini.

Suara Marfud : Mereka keriangan. Apa kau tak nampak? Aku berikan apa yang mereka pinta. Sekarang kau terdiam. Mereka bersamaku di sini. Tinggi setinggi gunung tertinggi. Kau masih bodoh Tua. Apa yang mahu kau perjuangkan? Aku sudah perjelaskan untuk deria mu. Aku jawapan kepada kejayaan hakiki.

Orang Muda : Pakcik...pakcik masih di sini kerana dahaga. Saya bisa ubati dahaga pakcik. Minumlah.

Orang Tua : Mereka jalang. Aku tak mungkin bersama kau Marfud. Satu abad kau cuba patahkan tongkat aku. Satu abad kau cuba mengambil perut aku. Aku masih di sini Marfud.



bersambung...